English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Tuna
 

Malaysia mempunyai peluang besar untuk menceburi dalam industri tuna khususnya daripada sumber tuna oseanik laut antarabangsa iaitu Lautan Hindi di sebelah barat, dan Lautan Pasifik Utara di sebelah timur. Penglibatan dan pengalaman pengusaha tuna di Pulau Pinang dalam menguruskan pembelian dan pengeksportan hasil tuna ke Jepun sejak tahun 60-an boleh membantu mengembangkan industri ini secara besar-besaran.

Perdagangan tuna di peringkat antarabangsa dalam tahun 2000 bernilai USD 5 bilion (nilai eksport) meningkat daripada USD 3.2 bilion dalam tahun 1991, peningkatan pada kadar 5% setahun.

Tuna merupakan produk perikanan ketiga penting diperdagangkan (9% daripada nilai perdagangan perikanan) selepas udang dan groundfish. Dari segi praktik, hanya ikan tuna yang mempunyai kelebihan diperdagangkan secara industri kerana sesuai diproses. Malaysia ketinggalan berbanding negara jiran di mana Indonesia dan Filipina tersenarai sebagai 10 negara tangkapan utama tuna dunia sementara Thailand tersenarai sebagai 10 negara industri pemprosesan utama tuna dunia.

Eksport tuna beku bernilai USD 2.8 bilion dalam tahun 2000 meningkat daripada USD 1.5 bilion dalam tahun 1991, pada kadar 7% setahun . Taiwan merupakan pengeksport utama (40%). Negara tangkapan utama yang lain seperti USA dan Indonesia kurang mengeksport kerana memenuhi keperluan industri pemprosesan tempatan.

Import tuna dingin dan beku bernilai USD 1.4 bilion dalam tahun 2000, berkurangan sedikit daripada USD 1.5 bilion dalam tahun 1991. Thailand (25%) dan Japan (28%) merupakan pengimport utama.

 

Paparan : 1238
Terakhir Dikemaskini : 29 Disember 2009
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS