English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Surimi
 

 

Surimi ialah produk berasaskan perikanan yang telah di gunakan di Jepun sejak kurun ke 12. Kini produk telah dikenali di hampir seluruh dunia dengan penggunaan terbesar ialah di Jepun, Korea, Negara-negara EU serta Amerika Syarikat. Di Malaysia produk boleh didapati dalam 2 bentuk iaitu blok surimi untuk kegunaan industri dan produk daripada surimi yang tersedia untuk pengguna. Produk adalah baik dari segi kesihatan berbanding dengan makanan laut yang lain dan dipercayai dapat membantu mengatasi masalah kesihatan seperti atherosclerosis, angina dan penyakit berkaitan jantung lain, serta dysmenorrhea.

Selain kemajuan dalam mempelbagaikan produk berasaskan surimi, beberapa kemajuan dilihat dalam penghasilan surimi daripada ikan yang kurang dikenali seperti ikan Tilapia (Malaysia), Silver Carp, Bighead Carp dan Grass Carp (China), ikan sardin (Jepun) dan Menhaden (Amerika Syarikat). Namun faktor kadar ubah yang agak rendah menghalang usaha mengkomersialkan pemprosesan surimi daripada ikan-ikan jenis ini. Kadar ubah ikan jenis Tilapia 16% berbanding ikan lain seperti Gelama 43%, ikan Malung 68% dan Hairtail 50%.

Penggunaan sebenar di Malaysia sukar ditentukan kerana kekurangan maklumat, namun berdasarkan penggunaan Fish paste and similar preparation, penggunaan surimi diandaikan berjumlah 900 MT bernilai RM12.2 juta pada tahun 1999 atau 0.2% daripada jumlah penggunaan produk perikanan (RM610 juta). Walaupun penggunaan agak tinggi di negara-negara pengguna utama yang lain, contohnya 400,000 MT/setahun di Jepun, namun ianya masih rendah iaitu kurang daripada 10% daripada penggunaan produk perikanan.

Perbezaan cita rasa juga jelas di antara negara pengguna, di mana pengguna negara Jepun lebih meminati rasa manis berbanding pengguna negara lain termasuk pengguna Malaysia yang tidak menggemari rasa tersebut.

Permintaan untuk kualiti produk yang lebih tinggi oleh negara pengguna utama seperti Jepun, Korea dan Negaranegara EU menjadi cabaran kepada Malaysia. Kualiti yang dikehendaki ialah yang setanding dengan surimi yang diperbuat daripada ikan dari perairan bersuhu rendah hingga sederhana yang mana sukar dipenuhi oleh Malaysia. Surimi daripada Malaysia dikelaskan kepada gred sederhana hingga rendah kerana faktor jenis ikan dan tahap kesegaran ikan yang kurang berbanding surimi dari Jepun yang diproses di kapal penangkap ikan.

Penggunaan bahan tambahan (protein) untuk meningkatkan kualiti surimi pula telah mencetuskan isu di kalangan pengguna beragama Islam di Malaysia. Usaha mengesan penggunaan bahan tersebut terutama untuk surimi yang diimport telah disarankan. Penyelidikan dan pembangunan juga perlu dilakukan untuk menggantikan bahan protein plasma tersebut kepada bahan lain supaya dapat menambah keyakinan pengguna.

Bahan mentah yang semakin berkurangan di perairan negara menjadi penghalang utama kemajuan industri ini di Malaysia. Kos pengeluaran secara amnya masih tinggi RM4.00/kg–RM5.00/kg termasuk juga pengeluaran menggunakan ikan air tawar seperti Tilapia (RM4.50/kg). Kos pengeluaran perlu RM1.00/kg atau kurang untuk berdaya saing.

Negara pengeluar yang menjadi saingan di rantau ini ialah Thailand dan Vietnam kerana ketersediaan bahan mentah dan kemungkinan kos buruh yang lebih rendah yang membolehkan mereka menawarkan harga yang lebih kompetitif kepada negara pengguna. Kemudahan infrastruktur untuk pendaratan ikan di Thailand juga menarik minat vessel laut dalam berlabuh berbanding Malaysia.

Sistem kualiti juga adalah lebih mantap di kilang-kilang pemprosesan di negara-negara tersebut yang kebanyakannya merupakan usaha sama dengan syarikat asing. Selain jaminan modal, usaha sama ini dapat membantu dari teknologi serta kepakaran teknikal.

Analisa Pasaran Industri Produk Berasaskan Surimi Bagi Tempoh 2003 - 2010 (pdf, 267.07KB)

 

Paparan : 2608
Terakhir Dikemaskini : 19 Februari 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS