|
|
| Kacang Panjang |  | Kacang panjang (Vigna sesquipedalis L) ialah dari keluarga Leguminosae. Ia merupakan sejenis tanaman yang tumbuh memanjat. Kacang panjang adalah sayuran yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari India, tetapi sekarang ditanam di merata kawasan yang beriklim tropika iaitu Asia, Afrika Timur dan Amerika Tengah. Di semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar utama kacang panjang ialah Johor, Perak dan Kelantan. Pada kebiasaannya, langgai kacang panjang yang muda digunakan untuk kebanyakan jenis masakan. Ia juga dimakan metah sebagai ulam. Kegunaan lain yang bukan predisimal ialah untuk gubahan kerana saiznya yang panjang boleh dibentuk atau dipintal menjadi raga. Ada juga lenggai kacang yang dibuat jeruk dalam tin. Kacang panjang mengandungi zat pemakanan seperti di dalam Jadual 1. Di antara zat makanan yang banyak terdapat pada kacang panjang ialah karbohidrat (4 g), protein (2.1 g) dan serabut (1.4g). Jadual 1: Zat Pemakanan Kacang Panjang (Bagi setiap 100 g) | Kandungan | Jumlah | | Protien (g) | 2.1 | | Karbohidrat (g) | 4.0 | | Lemak (g) | 0.9 | | Serat (g) | 1.4 | | Kalsium (mg) | 61.0 | | Besi (mg) | 0.8 | | Fosforus (mg) | 33.0 | | Kalium (mg) | 53.0 | | Natrium (mg) | 5.0 | | Karotena beta (ug) | 513.0 | | Vitamin B1 (mg) | 0.1 | | Vitamin B2 (mg) | 0.6 | | Vitamin C (mg) | 48.5 | | Niacian (mg) | 0.6 | |
Paparan : 1564
Terakhir Dikemaskini : 12 Februari 2010
|
|
|
|