English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Akreditasi & Persijilan - SPLAM
 
SKIM PENSIJILAN LADANG AKUAKULTUR MALAYSIA (SPLAM)
 
Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) merupakan satu Skim Sukarela (Voluntary Scheme) bertujuan bagi menggalakkan amalan akuakultur yang baik dan lebih bertanggungjawab di peringkat ladang. Skim ini ditadbirkan oleh Jabatan Perikanan bagi pihak Kementerian Pertanian Malaysia dan menekankan kepada pelaksanaan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) di peringkat ladang (HACCP at source).

Pengusaha ladang akuakultur dikehendaki memenuhi beberapa kriteria tertentu, diikuti dengan proses permohonan, siasatan, audit dan kelulusan sebelum boleh diberi pertimbangan untuk dianugerahkan sijil sebagai tanda pengiktirafan. Dengan pengiktirafan ini, ianya memberi hak kepada pengusaha ladang untuk menggunakan logo SPLAM bagi memasarkan hasil ternakan dalam tempoh sahlaku sijil.

Skim ini merangkumi cara penyediaan Program Jaminan Kualiti (Quality Assurance Programme, QAP), kerja-kerja pengauditan dan penganugerahan sijil kepada ladang yang layak. Perlaksanaan Skim ini melibatkan ladang-ladang seperti berikut :
  1. Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Kolam
  2. Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Tangki
  3. Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Sangkar
  4. Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Kepungan
  5. Ternakan Udang Air Tawar Dalam Kolam
  6. Ternakan Udang Laut dalam Kolam
  7. Ternakan Ikan Laut Dalam Kolam
  8. Ternakan Ikan Laut Dalam Sangkar
  9. Ternakan Ikan Laut Dalam Kepungan
  10. Pembenihan Ikan
  11. Pembenihan Udang Laut
  12. Pembenihan Udang Air Tawar
  13. Pembenihan Ikan Air Tawar
  14. Ternakan Ikan Akuarium
  15. Ternakan Kerang-kerang

PROSEDUR PERMOHONAN

a. Pra-Syarat Permohonan

Pengusaha ladang akuakultur yang memohon untuk mendapatkan sijil SPLAM hendaklah memenuhi pra syarat seperti berikut:-
  1. Ladang-ladang akuakultur hendaklah didaftarkan dengan Jabatan Perikanan.
  2. Perlu memenuhi syarat dan kriteria pengiktirafan SPLAM.
 
b. Permohonan

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan SPLAM-01/03 Jabatan Perikanan Malaysia, yang boleh didapati di Pejabat-pejabat Perikanan Negeri masing-masing atau yang berdekatan. Borang permohonan hendaklah disertai dengan Dokumen QAP dan dihantar kepada:-

Urusetia SPLAM

Bahagian Pengembangan dan Pengurusan Jaminan Kualiti Ikan
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1 - 6, Blok 4G2,
Wisma Tani, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62628 Putrajaya

ATAU melalui Pejabat-pejabat Perikanan Negeri yang berkaitan.
 
c. Penerimaan

Butir-butir permohonan akan disemak sama ada lengkap atau tidak. Sekiranya permohonan lengkap, ianya akan diterima untuk urusan pensijilan selanjutnya. Status permohonan akan dimaklumkan kepada pengusaha sama ada layak untuk mendapatkan sijil atau tidak.
 
d. Permohonan Semula

Permohonan semula hendaklah dibuat sekiranya:
  • Pengusaha ladang tidak memenuhi kriteria SPLAM atau;
  • Pengusaha ladang lewat untuk menetapkan persetujuan tarikh bagi Audit Pematuhan daripada mengemukakan laporan 'adequacy audit' atau;
  • Sebarang Tindakan Pembetulan CAR yang tidak dilakukan dalam tempoh setahun tanpa sebarang justifikasi bermula daripada tarikh Audit Pematuhan secara berterusan.
 
e. Bayaran

Permohonan yang diterima akan dikenakan bayaran proses (processing fee) sebanyak RM100.00 (Ringgit: Satu Ratus Sahaja). Manakala, permohonan yang layak mendapat sijil sahaja akan dikenakan bayaran sebanyak RM 2,000.00 (Ringgit: Dua Ribu Sahaja) sebelum sijil dikeluarkan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau cek/postal order yang dibayar atas nama Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
 
Sebarang pertanyaan mengenai Skim ini dan Borang Permohonan menyertainya boleh diperolehi dari:

Urusetia

Skim Pensijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM)

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1 - 7, Blok 4G2,
Wisma Tani, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62628 Putrajaya

Tel : 603- 88704000
Fax : 603- 88889972

Web site : www.dof.gov.my
 
Muat Turun
Borang Permohonan SPLAM (pdf, 174KB)
Paparan : 796
Terakhir Dikemaskini : 19 Januari 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS