English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
SKIM ORGANIK MALAYSIA (SOM)
 
SOM adalah satu program pensijilan untuk mengiktiraf ladang-ladang yang diusahakan secara organik mengikut keperluan-keperluan yang ditetapkan dalam piawaian (standard) organik negara, MS 1529:2001 The production, processing, labeling and marketing of plant-based organically produced foods.
 
Elemen-elemen Pensijilan

Elemen-elemen yang diambil kira dalam penilaian skim ini ialah:
  1. Kebolehkesanan (Traceability)
  2. Penyimpanan Rekod
  3. Pengurusan Pengeluaran
  4. Integriti Organik
  5. Tempoh Peralihan
  6. Tanaman Pemisah Dan Jarak Pemisah
  7. Pengurusan Tapak
  8. Pengurusan Air
  9. Pengeluaran Tanaman
  10. Pengendalian Hasil
  11. Penyimpanan
  12. Pembungkusan
  13. Pengangkutan
  14. Kebajikan, Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja
  15. Analisis Hasil
  16. Pengurusan Sisa Ladang
  17. Rekod Aduan
 
Pelaksanaan Skim

Skim ini dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian. Pemeriksaan ladang dijalankan oleh Inspektor dan keputusan untuk meluluskan sesebuah ladang sebagai organik atau tidak akan dibuat oleh Jawatankuasa Pensijilan.
 
Faedah kepada Pengeluar

Hasil yang dikeluarkan dari ladang yang telah diberi pensijilan boleh dilabelkan sebagai organik dan berhak menggunakan Organik Malaysia di atas produk mereka. Dengan label ini, produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang setimpal.
 
Faedah kepada Pengguna

Pengguna mendapat keyakinan bahawa produk yang dibeli adalah benar-benar organik dan tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini kerana telah mematuhi piawaian organik Malaysia.
 
Faedah kepada Alam Sekitar dan Pekerja

Oleh kerana baja dan racun perosak kimia dilarang penggunaannya di bawah sistem perladangan organik, secara langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja-pekerja dapat dikurangkan.
 
Siapa Yang Boleh Menyertai?

Skim Pensijilan ini terbuka kepada semua pengusaha yang terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan secara organik.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman
Jabatan Pertanian Malaysia
Aras 7, No. 30, Persiaran Perdana
Presint 9
62624 Putrajaya
Tel : 03-88703000
Faks : 03-88887639
 
Paparan : 751
Terakhir Dikemaskini : 20 Januari 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS