English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 

Siakap

 
Ikan Siakap atau nama saintifiknya Lates calcarifer boleh hidup dan membesar di persekitaran air tawar dan air laut. Biasanya ikan ini diternak di dalam sistem kolam dan sangkar. Pada pertengahan tahun 70-an, ikan ini mula diternak di dalam sangkar air payau dan air laut di kawasan terlindung. Manakala ternakan Siakap di dalam sangkar laut terbuka mula di perkenalkan pada tahun 1999. Ternakan Siakap pada awalnya bergantung kepada benih-benih liar, walau bagaimanapun pergantungan kepada sumber-sumber benih tersebut mula berkurangan setelah pengeluaran benih Siakap secara komersial mula di perkembangkan di Malaysia pada tahun 1995.

Pada tahun 2002 , pengeluaran Siakap negara daripada projek akuakultur berjumlah 4,004 tan metrik dengan nilai RM 46.2 juta . Dasar Pertanian Negara Ketiga telah mengenal pasti subsektor akuakultur sebagai industri yang mampu meningkatkan pengeluaran ikan untuk keperluan negara. Siakap merupakan spesies utama ternakan yang telah ditetapkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) selain udang galah, Tilapia dan udang harimau. Sasaran pengeluaran Siakap yang ditetapkan adalah sebanyak 30,000 tan metrik setahun atau 25% daripada sasaran pengeluaran ikan laut menjelang tahun 2010.

 

Paparan : 2964
Terakhir Dikemaskini : 28 April 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS