PENGENALAN Skim Sciencefund adalah merupakan dana penyelidikan dan pembangunan di bawah program Dana R&D Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertujuan untuk membiayai penyelidikan terutamanya dalam bidang pertanian serta memastikan penyelidikan dalam bidang pertanian dilaksanakan secara holistik, menyeluruh dan sepanjang rantaian nilai bagi mencapai matlamat pertanian negara. OBJEKTIF SKIM SCIENCEFUND - Membiayai projek penyelidikan dan pembangunan bagi menjana pengetahuan baru dalam bidang sains strategik dan sains gunaan;
- Membangunkan produk proses baru bagi tujuan pengkomersilan; dan
- Menjana kemampuan penyelidikan dan kepakaran dalam negara.
Hasil penyelidikan Sciencefund yang berpotensi untuk dikomersilkan boleh dipertimbangkan untuk pembiayaan di bawah Skim Technofund. KUMPULAN SASAR - Institusi Penyelidikan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
- Institusi Penyelidikan dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tertakluk kepada kelulusan MOA;
- Agensi sains, teknologi dan inovasi Kerajaan; dan
- Kolaborasi antara entiti swasta dengan institusi-institusi di atas.
SKOP PEMBIAYAAN Sehingga tahap laboratory proof of concept dan jumlah pembiayaan adalah tertakluk kepada merit setiap permohonan. SKIM SCIENCEFUND KATEGORI PEMBIAYAAN - Gaji dan elaun penyelidik (sementara dan kontrak);
- Elaun perjalanan;
- Sewa;
- Bahan-bahan dan bekalan penyelidikan;
- Modifikasi dan pembaikan kecil;
- Perkhidmatan khas; dan
- Kelengkapan dan aksesori R&D.
TEMPOH PROJEK : 24 bulan FOKUS BIDANG KEUTAMAAN - Padi
- Herba dan rempah
- Betik
- Nanas
- Buah-buahan lain (mangga, belimbing, tembikai dan citrus)
- Sayur-sayuran
- Bunga-bungaan
- Kelapa
- Koko
- Kelapa sawit
- Perhutanan
- Getah
- Tanaman baru (jatropha, kenaf, stevia)
- Ternakan dan poltri
- Perikanan
- Kepelbagaian bio dan sumber baru
- Agro-persekitaran
- Agro-bioteknologi
- Produk makanan novel
- Pemprosesan makanan
- Mekanisasi ladang dan pemprosesan
- Kajian konsumer
MAKLUMAT LANJUT Semua permohonan perlu diperaku dan dikemukakan melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan/Penyelaras Penyelidikan institusi masing-masing sebelum dikemukakan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun dan borang permohonan boleh dilayari melalui laman web http://www.doa.gov.my |