|
|
| Akreditasi & Pensijilan - SALT |
| |
| SKIM AKREDITASI LADANG TERNAKAN (SALT) |
| |
Skim Amalan Ladang Ternakan (SALT) berlandaskan kepada ternakan yang sihat dan diurus dengan amalan yang baik kualitinya dan selamat untuk dijadikan makanan. Kriteria untuk mendapatkan pengiktirafan dalam SALT adalah berasaskan kepada ‘Good Animal Husbandary Practice' (GAHP), Pengurusan Kesihatan Ternakan (Animal Health Management), Biosekuriti, Infarastruktur yang baik dan kawalan penggunaan ubat-ubatan Veterinar. SALT dilaksanakan sebagai usaha untuk mewujudkan standard amalan sanitari lading ternakan yang tinggi dan mampu meningkatkan keselamatan makanan yang dihasilkan dari ternakan.
Perlaksanaan SALT meliputi semua jenis ternakan termasuk lembu pedaging, lembu tenusu, ayam pedaging, ayam penelur, ayam baka rusa, kambing, bebiri, babi dan lain-lain ternakan. Urusetia SALT ditempatkan di Ibu Pejabat di Putrajaya sementara pasukan pemeriksaan serta penyelaras negeri SALT terletak di Peringkat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri.
PROSEDUR PERMOHONAN, PERLAKSANAAN & PENGIKTIRAFAN
Ladang ternakan yang berminat menyertai skim akreditasi SALT perlu terlebih dahulu memenuhi syarat dan kriteria pengiktirafan amalan GAHP berdasarkan:
- Garis panduan Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP) bagi setiap kategori ladang ternakan yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
- Memenuhi borang permohonan serta memajukan profil ladang kepada urusetia SALT
- Pemeriksaan awal (compliance audit) akan dijalankan oleh pegawai pemeriksaan.
- Audit ulangan (follow-up audit) akan dijalankan jika ada kekurangan.
- Hasil pemeriksaan audit dan laporan penilaian disediakan oleh pegawai pemeriksaan JPH Negeri/Daerah.
- Urusetia SALT akan membentangkan laporan penilain kepada Jawatankuasa tentang penganugerahan logo SALT.
- Penganugerahan logo SALT akan diberi kepada ladang yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
- Ladang ternakan yang telah mendapat pengiktirafan pensijilan boleh menggunakan logo SALT.
- Pemeriksaan ‘surveilance' dan ‘review' audit akan dijalankan oleh pegawai veterinary JPH Negeri bersama-sama pegawai ibu pejabat.
- Ladang Ternakan yang didapati melanggar atau telah tidak akur kepada mana-mana syarat dan kriteria GAHP serta piawaian SALT akan dibatalkan status pensijilannya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi,
Bahagian Diagnostik dan Kepastian Kualiti,
Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Putrajaya.
Tel :03-88702022
Fax : 03-88885755 |
| |
| Muat Turun |
| Garis Panduan SALT (pdf, 140Kb) |
Paparan : 714
Terakhir Dikemaskini : 31 Mac 2010
|
|
|
|