|
|
| Makanan Sedia Disaji & Makanan Sedia Dimakan | | | Makanan sedia disaji (MSS) dan sedia dimakan (MSM) adalah satu produk yang semakin mendapat sambutan. Ia menjimatkan masa dan tenaga, dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Permintaan terhadap MSS & MSM di pasaran tempatan telah meningkat sebanyak 13 % daripada tahun 1996 dan 1999. Bekalan pula semakin bertambah, boleh diasingkan kepada dua kumpulan. Pertama, ialah MSS & MSM tempatan seperti karipap, popiah, roti canai, pau dan sebagainya, yang benyak terdapat di pasaran. Biasanya makanan jenis ini dijual pada harga rendah. Kedua, ialah MSS & MSM berasaskan resipi barat. Jenis ini masih kurang dalam pasaran, dan dijual dengan harga yang mahal. Walaubagaimanapun, permintaan terhadap MSS & MSM resipi barat semakin naik kerana harga produk alternatif, iaitu makanan barat yang disediakan di restoran, adalah jauh lebih mahal daripadanya. Kedua-dua jenis produk dipasarkan di dalam pelbagai jenis pembungkusan seperti pek plastik, kotak, bekas kedap udara dan sebagainya. Sesetengah produk distrilkan untuk mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria. Ini dapat memanjangkan lagi jangka hayatnya Peluang pelaburan terbuka luas bukan sahaja di bidang pengeluaran MSS & MSM tetapi juga dalam perkhidmatan sokongan (membekalkan lori-lori sejuk), pemprosesan (dari segi pembekalan teknologi dan peralatan), pengedaran dan pemasaran. Versi penuh dokumen dalam pdf (Hanya boleh didapati dalam Bahasa Malaysia) (pdf, 40.9 KB) |
Paparan : 1320
Terakhir Dikemaskini : 28 Januari 2010
|
|
|
|