English |  Bahasa Malaysia Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Info Pisang
 
1. Nama Biasa
Pisang
2. Nama Saintifik
Musa parasidiaca L.
3. Keperluan Asas
  • Faktor Iklim
    Suhu optimum 25°C- 30°C, taburan hujan di antara 1000mm-200mm setahun.
  • Faktor Tanah

    Sifat Tanah Sesuai Marginal
    1 Kecerunan 0 - 12 darjah 12 - 20 darjah
    2 Saliran Tak sempurna salir-sangat salir Agak sangat salir
    3 Kedalaman Tanah > 75 cm 25 - 75 cm
    4 Struktur dan Tekstur Selain dari pasir berlom atau tekstur kasar Pasir berlom
    5 Kemasinan <1 mmhos 1- 2 mm hos
    6 Kedalaman lapisan asid sulfat >50 cm 25 - 50 cm
    7 Ketebalan gambut Tiada gambut > 25 cm
    8 Keberbatuan <10% tersebar sama rata atau di bawah kedalam 50 cm 10 - 50% tersebar sama rata atau di bawah kedalaman 50 cm
    9 Ketidakseimbangan unsur Selain daripada kandungan nutrient mikro berebihan atau CEC sederhana rendah ke rendah CEC sederhana rendah (10 meq/100 g tanah)
    Faktor-faktor Tanah dan Kesesuaian Untuk Tanaman Mangga
4. Amalan Kultur
  • Penyediaan kawasan
    • Pembersihan kawasan menggunakan jentera atau tenaga manusia.
    • Pokok-pokok yang telah ditebang dilonggokkan dan dimusnahkan.
    • Kawasan yang telah dibersih hendaklah dibajak.
    • Pembarisan dan menggali lubang dilakukan selepas penyediaan tanah.

  • Prasarana tanah
    • Jalan ladang perlu perlu disediakan mengikut kawasan atau blok berdasarkan pada luas ladang, bentuk muka bumi, kedudukan kemudahan pengurusan dan rumah pengendalian.
    • Saliran yang mencukupi adalah penting bagi mengelakkan takungan air.

  • Penyediaan Benih Tanaman
    • Pengeluaran benih pisang secara sulur
      Pembiakan tampang ini adalah satu kaedah mudah dan selalu digunakan dalam penyediaan benih tanaman pisang. Sulur pedang yang berbentuk kon, berdaun tirus dan mempunyai bahagian umbisi besar adalah dipilih untuk dijadikan bahan tanaman. Sulur pedang yang dipilih berukuran 45 - 100cm tinggi dengan berat antara 1 - 1.5 kg sebelum dibersihkan.

      Pastikan sulur yang dikorek untuk dijadikan bahan tanaman mempunyai umbisi yang mencukupi bagi menampung bahan makanan untuk pertumbuhan akar sulur. Sulur yang dipilih dibersihkan dan semua akar dan tisu yang rosak serta reput dibuang. Benih tersebut dirawat dengan campuran satu bahagian formaldehid dengan 4000 bahagian air untuk mengawal cacing nematod sebelum ditanam di ladang.

    • Pengeluaran benih menggunakan teknik 'Quartering'
      Benih pisang ini dibiakkan melalui umbisi pisang yang mengandungi matatunas. Sulur pisang dibersihkan daripada akar dan kotoran yang terdapat pada bahagian umbisi. Bahagian pangkal sulur pisang diasingkan dari bahagian umbisi. Seterusnya keratan umbisi pisang tersebut dipotong kecil berukuran 4 -5 cm dan dirawat dengan merendam ke dalam campuran berikut selama 30 minit.
      • Racun kulat (spt. Benomyl 50% w/w):50g/4.5 liter air
      • Racun serangga ( spt. Cypermethrin 5.5% w/w) : 5ml/4.5 liter air
      • Hormon Penggalak akar :50 g/4.5 liter air
      Keratan umbisi pisang tersebut disemai di dalm pasir di rumah lindungan dengan kedalaman 5 -6 cm. Seterusnya dikambus dengan pasir supaya tidah terdedah kepada matahari dan ditutup dengan guni jut. Semaian hendaklah disiram 2 kali sehari dan selepas 3 minggu anak pisang yang tumbuh dari umbisi tersebut dipindahkan ke dalam polibeg berukuran 150mm x 230mm. Selepas dua minggu di dalam polibeg anak pisang tersebut boleh ditanam di ladang.

    • Pengeluaran benih tanaman tisu didik
      Benih pisang dibiak secara in vitro di antara induk terpilih dan secara pengeluaran yang begitu terkawal menghasilkan anak - anak benih didapati seragam dengan benih sulur.Benih tisu didik setelah berukuran 20 cm atau mempunyai 6 - 7 helai daun selepas mengalami pengubahsuaian cuaca dapat dipindahkan ke ladang.

Halaman: 1  2  3  

   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2010 © Agri-food Business Development Centre.
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS