English |  Bahasa Malaysia Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Betik
 
Tiada buah yang lebih sinonim bagi penduduk di Negara-negara tropika selain buah betik. Namun dari mana asalnya masih belum dapat dipastikan. Ramai yang berpendapat buah betik mungkin terhasil dari gabungan dua atau lebih spesis Carica, buah yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, betik ditanam di kebanyakan Negara beriklim tropika, termasuk Malaysia yang banyak ditanam di Johor, Perak dan Selangor.

Terdapat dua jenis betik yang ditanam di Negara ini. Betik Eksotika ialah antara yang popular dengan isinya yang merah kekuningan dan kandungan gula yang tinggi. Beratnya ialah di antara 600g hingga 800g. Betik sekakipula yang juga dikenali dengan nama betik “Hong Kong”, berbentuk panjang dan mempunyai saiz dan bentuk yang sama di antara pangkal dan hujungnya. Beratnya ialah 1kg hingga 2 kg.

Betik biasanya dimakan segar, tetapi boleh juga diproses untuk dibuat jus, puri, gula-gula, jem dan jeli.

Disebabkan betik mempunyai kesan laksatif, ia boleh dimakan untuk menggalakkan usus menjadi aktif dan sihat. Betik mengandungi enzim papain yang membantu penghadaman protein. Betik sering disyorkan bagi mereka yang menghadapi masalah penghadaman makanan.
 
Muat Turun
Pelan pemasaran komoditi betik (pdf, 208KB)
potensi betik (pdf, 138KB)
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2010 © Agri-food Business Development Centre.
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS