|
|
| Makanan Organik | | | | Definisi | | Pertanian organik didefinasikan sebagai kaedah penanaman yang dilakukan tanpa menggunakan baja tiruan dan makhluk perosak atau racun serangga. Ia masih diusahakan di atas kebun sebagaimana amalan pertanian biasa. Bezanya ialah ianya sebagai satu sistem pengeluaran produk makanan yang mengoptimakan penggunaan agro-ekosistem secara semulajadi iaitu menghindarkan penggunaan biji benih tiruan atau GMO, tanpa menggunakan racun kimia, menggunakan kawalan secara biologi tanpa racun serangga, kawalan kesuburan tanah melalui penggunaan baja kompas atau najis ternakan dan pengamalan tanaman secara giliran. | Pengenalan | | Pasaran bagi produk makanan organik sedang mengalami pertumbuhan yang menggalakkan dalam industri makanan. Jualan makanan organik kini meningkat terutama bagi memenuhi makanan untuk kesihatan, cintakan alam sekitar dan kebajikan kehidupan alam semulajadi. Insiden merebaknya penyakit merbahaya seperti sakit kuku dan mulut, mad cow, pencemaran alam akibat penggunaan racun makhluk perosak dan penghasilan makanan menggunakan organisma terubah (GMO) telah mendorong pengguna meningkatkan penggunaan makanan yang dihasilkan melalui kaedah organik. Nilai jualan makanan organik di seluruh dunia telah mencapai USD 8 billion pada tahun 2001. Ianya diramalkan akan mengalami peningkatan di antara 20-430 % menjelang 2005. Pasaran utama ialah di Amerika Syarikat diikuti negara-negara Kesatuan Eropah, Jepun dan China. Negara pengeluar utama ialah Australia dan beberapa negara di benua Eropah. Di Malaysia, makanan organik adalah antara produk pertanian yang mempunyai potensi untuk diusahakan secara komersil. Ia biasanya diusahakan oleh pertubuhan bukan kerajaan dan pengusaha persendirian. Usaha untuk membangunkannya telah dimasukkan dalam program pembangunan produk pertanian di bawah DPN3. Ianya telah diperkukuh dengan pelaksanaan Skim Persijilan Perladangan Organik oleh Jabatan Pertanian. | Sumber : Plan Pemasaran Organik | | Pertanian secara organik mula diperkenalkan di negara ini dalam tahun 1987. Pada masa ini ia telah mendapat sambutan oleh pengguna dan mula diusahakan secara komersil. Penggunaan produk ini mempunyai kaitan secara langsung dengan keperluan produk ini di dalam rawatan untuk penyakit yang kronik seperti barah. Ini adalah disebabkan produk ini dihasilkan tanpa menggunakan baja kimia dan racun serangga dan ianya selamat dan sesuai untuk dimakan kepada mereka yang sedang menjalani rawatan. Namun demikian produk yang dihasilkan dengan kaedah mesra alam dan prihatin kepada alam persekitaran ini juga adalah menjadi keutamaan kepada pengguna yang mengutamakan makanan untuk kesihatan. Pada masa ini produk makanan organik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan hanya dipasarkan di kawasan Lembah Klang dan bandar-bandar utama seperti Ipoh, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Masalah yang dihadapi oleh pengguna ialah kurangnya pelabelan atau persijilan yang mengesahkan bahawa sesuatu produk itu dihasilkan dari sistem perladangan yang benar-benar secara organik. Pengguna juga tidak dapat membezakan produk organik dengan produk yang dihasilkan secara ladang konvensional. Mereka juga keliru dengan penggunaan pelabelan produk ini dengan nama green food, pesticide free, chemical free, eco-friendly, safe food dan pelbagai lagi menggunakan nama pengeluar. | |
Paparan : 1832
Terakhir Dikemaskini : 29 Mei 2009
|
|
|
|