English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Orkid
 
 

Orkid boleh didapati di seluruh dunia dari Artik ke Khatulistiwa dan juga di benua Selatan kecuali di Antartika. Orkid adalah daripada famili ‘orchidaceae’ dan merupakan famili yang terbesar di antara pokok-pokok berbunga. Orchidaceae boleh di bahagikan kepada 88 subtribes, di antara 700 – 800 genera yang merangkumi di antara 22,000 – 35,000 spesies.

Pasaran untuk bunga keratan sedang meningkat di antara 6 - 9 peratus setahun dan penggunaanya dijangka mencapai USD $35 billion. Tren eksport orkid Malaysia menampakkan peningkatan yang memberangsangkan. Bagaimanapun krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997 turut memberi kesan kepada eksport orkid di mana ianya berkurangan hampir 29 peratus berbanding dengan tahun 1996. Bagaimanapun prestasi untuk tahun-tahun berikutnya kembali pulih dan meningkat kepada RM11,360,387.00 tahun 2001.

Pengimportan orkid dari negara-negara bukan EU telah meningkat 72% dalam jangka masa 1988 hingga 1993 iaitu dari 60 juta keratan kepada 103 juta keratan. Pengeluaran tanaman orkid pada masa ini tertumpu kepada 4 negeri di Semenanjung iaitu di Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Dianggarkan sebanyak 774 hektar ditanam dengan pelbagai hibrid orkid komersial.

Jumlah pengeluaran adalah sebanyak 18,960,099 keratan setahun dan daripada jumlah ini 48% adalah dari Johor, 20.4% dari Perak dan 15% daripada Selangor.

Kos pengeluaran orkid tertumpu kepada bahan tanaman (50%). Kebanyakan penanam orkid mendapat bahan tanaman mereka melalui pembelian anak benih dari makmal tisu kultur ini bertujuan untuk memastikan bekalan bahan tanaman adalah seragam dari segi saiz, bentuk, warna dan kuantiti. Anggaran 50% bahan tisu kultur diimport dari Thailand dan selebihnya dari Singapura.

 

 

Paparan : 2326
Terakhir Dikemaskini : 15 Disember 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS