English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
Breadcrumb
 

MOA Inc

Latar Belakang
 
Pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian memerlukan sokongan perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Penyediaan sumber manusia yang mahir, sumber kewangan yang mencukupi, infrastruktur dan teknologi terkini dari peringkat awal penyediaan input, pengeluaran, pengendalian sehingga kepada pemasaran hasil-hasil dan produk-produk pertanian dan juga bahan-bahan makanan adalah amat penting dalam usaha untuk menjaya dan memajukan sektor ini. Sehubungan itu, pendekatan pelaksanaan projek-projek pertanian melalui kaedah MOA Inc. telah diperkenal dan dilancarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 23 Mac 2003.
 
Objektif
 
Objektif pelaksanaan projek-projek secara MOA Inc. adalah untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian bagi mencapai matlamat mentransformasi sektor pertanian dan meningkatkan peranan Kerajaan dalam menghadapi isu-isu, cabaran-cabaran dan kehendak-kehendak sektor pertanian agar berdaya saing untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan.
Pendekatan
Pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian berasaskan konsep MOA Inc. menggariskan penggemblengan seluruh pemikiran, tenaga dan sumber manusia daripada kesemua tiga Jabatan dan lapan Agensi di bawah Kementerian untuk memberikan khidmat kepakaran dan nasihat yang terbaik bagi membantu golongan sasar. Melalui pendekatan ini juga, kesemua Jabatan dan Agensi tersebut akan memberi perkhidmatan secara berpasukan di semua peringkat pembangunan projek seperti perancangan, pelaksanaan, pengurusan, pemasaran, pemantauan dan penilaian.
 
Ciri-Ciri Projek

Projek - projek yang dilaksanakan berasaskan pendekatan MOA Inc. seperti pengeluaran makanan, pemprosesan dan agro - pelancongan hendaklah:

  1. Berdaya maju dan boleh dilaksanakan secara berterusan;
  2. Mempunyai pelan perniagaan yang boleh dilaksanakan;
  3. Mempunyai pelan pemasaran melalui FAMA atau agen pemasaran yang lain bagi menentukan hasil dapat dipasarkan;
  4. Berasaskan saiz ekonomik dan berkomersil sebagaimana ditentukan oleh Agensi;
  5. Diurus oleh seorang Pengurus Projek;
  6. Menjurus kepada pensijilan kualiti dan keselamatan makanan; dan
  7. Menentukan pengusaha mempunyai 20% ekuiti sekiranya projek dibiayai oleh bank.

Halaman: 1  2  3  

Paparan : 700
Terakhir Dikemaskini : 24 Mac 2011
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS