English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Tenusu
 

Dalam tahun kebelakangan ini, terdapat suatu kecenderungan dalam permintaan susu Negara yang berkualiti di seluruh Negara terutama di kawasan Bandar. Pengimportan sus tepung dan susu cair telah meningkat. Belanja mengimport semakin mahal kerana peningkatan pertukaran wang asing yang tidak menguntungkan. Walaupun lading kerajaan dan penternak tempatan mengeluarkan kira-kira 25 juta liter susu setahun, namun 95% permintaan susu dan produk susu adalah melalui import. Ini menyumbang kepada peningkatan jumlah import Negara dari tahun ke tahun. Sejak beberapa tahun dahulu terdapat beberapa lading tenusu yang baru diwujudkan, terutama di dalam dan di sekitar Pusat Pengumpulan Susu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Pemasaran susu di Malaysia tidak pernah dilakukan seperti mana dibuat di Negara di mana industri tenusu telah maju. Susu adalah komoditi keperluan harian yang mudah rosak dan tidak sesuai dibeli dengan banyak untuk disimpan di dalam peti sejuk. Oleh itu ia memerlukan penghantaran harian sama seperti roti dan surat khabar. Ia mestilah sampai kepada pengguna sebagai susu yang berkualiti dan pembungkusan standard. Dipercayai bahawa dengan pemasaran sistematik dan saluran pengagihan yang wajar, permintaan susu segar dijangka akan bertambah. Di dalam keadaan iklim tempatan, adalah perlu untuk mengadakan pengurusan rangkaian sejuk bagi pengedaran susu.

Walaupun susu tersedia di pasaran dunia, suatu tahap sara diri diperlukan dalam negara kita. Tahap sara diri yang rendah (kurang daripada 4%) membuatkan ia lebih kritikal untuk melihat perkara ini dengan serius.

 
 
 

 

Paparan : 1091
Terakhir Dikemaskini : 29 April 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS