|
|
| Udang Laut |  | Industri ternakan udang laut di negara ini telah berkembang pesat sejak tahun 1980an. Udang laut ini, kini telah menjadi hasil ternakan akuakultur yang penting di dalam menyumbang nilai pendaratan akuakultur. Terdapat lebih daripada 10 spesies udang laut yang diternak secara komersial di dalam kolam ternakan di seluruh dunia tetapi udang harimau, Penaeus monodon dan udang putih, Penaeus vannamei merupakan spesies yang paling popular diternak di Malaysia. Projek ternakan udang laut dianggap berjaya jika kadar hidup dan pengeluarannya tinggi serta mapan dan tidak merosakkan alam sekitar. Oleh kerana ternakan udang laut adalah satu industri yang dinamik, teknik-teknik ternakan dan pengurusannya senantiasa berubah berubah dan berkembang dari semasa ke semasa.
Penggunaan probiotik merupakan satu perkembangan baru di dalam pengurusan akuakultur. Penggunaan probiotik yang berkesan dapat mengurangkan penyalahgunaan antibiotik serta bahan kimia berbahaya dan mewujudkan suasana alam sekitar yang sesuai. |
Paparan : 2588
Terakhir Dikemaskini : 12 Februari 2010
|
|
|
|