English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Jagung
 
Jagung (Zea mays L) ialah dari keluarga Gramineae. Ia merupakan tanaman bijirin yang berasal dari Amerika Tengah dan telah diperkenalkan di Malaysia sebagai jagung manis pada awal tahun 70’an.

Jagung sesuai ditanam pada suhu 30-35 C dan memerlukan di antara 500 – 700mm hujan dengan taburan serata sepanjang musim penanaman. Penanaman jagung hanya dijalankan di tanah yang sesuai dan subur sahaja supaya hasil tongkol yang dikeluarkan adalah bergred tinggi. Tanah yang sesuai hendaklah berprofil melebihi 50 cm, bersaliran baik, mempunyai pengudaraan yang baik dan bertekstur lom hingga ke lom berkelodak yang mengandungi bahan organik melebihi 1.5 %. Tanah yang mempunyai kecerunan melebihi 12 tidak sesuai untuk tanaman jagung.

Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar utama jagung ialah Johor, Kelantan , Pahang, dan Perak.

Komposisi zat makanan dalam 100 g kernel jagung adalah seperti di dalam Jadual 1. Di antara zat makanan yang paling banyak ialah karbohidrat (69.3g) protein (9.2 g) dan lemak (4.6 g).

Jadual 1 : Komposisi zat makanan dalam jagung (bagi setiap 100 g)

Zat makanan Jumlah
Tenaga 355 kalori
Air 13.5 g
Protein 9.2 g
Lemak 46 g
Karbohidrat 69.3 g
Besi (mg) 0.8
Genti 2.0 g
Abu 1.4 g
Natrium (mg) 5.0
Ca 45 mg
Fe 2.9 mg
P 224 mg
Na 11 mg
K 76 mg
Karoten 256 ug
‘Retinol equivalent’ 43 ug
Vitamin B1 (thiamine) 0.22 mg
Vitamin B2 (riboflavin) 0.12 mg
Niacin 1.7 mg
Vitamin c 8.8 mg

 

Paparan : 1620
Terakhir Dikemaskini : 12 Februari 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS