English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Udang Galah
 
Udang galah sesuai diternak kerana mempunyai permintaan yang baik disamping harga pasarannya yang agak tinggi. Pengurusan ternakannya juga adalah mudah dan jarang diserang penyakit serta jangkamasa ternakan yang agak singkat. Udang galah boleh diternak secara sejenis atau monokultur/polikultur dengan ikan atau secara ternakan bersepadu bersama itik, lembu dan haiwan lain.

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium Rosenbergii, terletak dalam keluarga (family) Palaemonidae adalah organisma iklim tropika dan hampir tropika dan merupakan haiwan asli kawasan Indo-Pasifik, iaitu kawasan antara benua India, Bangladesh, Republik Myanmar, Sri Lanka hingga ke Indo China, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina dan kepulauan Pasifik Selatan.

Udang galah hidup di air tawar dan air payau seperti sungai, paya, saliran, seperti sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut. Walaubagaimanapun kini taburannya agak terbatas di kawasan perairan yang tidak tercemar dan di kolam-kolam ternakan.
Paparan : 3468
Terakhir Dikemaskini : 12 Februari 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS