English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Dana Nelayan LKIM
 
Dana Nelayan merupakan Tabung Pinjaman Mudah khusus untuk nelayan pantai bagi meningkatkan pendapatan dan produktiviti tangkapan.

Tujuan Pembiayaan Dana Nelayan
  1. Membeli / mengganti bot, enjin, pukat dan peralatan.
  2. Pinjaman kecemasan / segera
  3. Modal pusingan projek pemasaran Persatuan Nelayan.
Syarat Pinjaman
  1. Menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)
  2. Memiliki lesen vesel yang sah.
  3. Menjalankan sendiri kerja-kerja penangkapan ikan.
  4. Menjual hasil tangkapan ikan kepada PNK.

Had Pinjaman
Ditentukan mengikut lima skim yang digariskan oleh LKIM iaitu :-
  1. Skim Pinjaman Nelayan Pantai (SNEP)
  2. Skim Pinjaman Nelayan Enjin Dalam (SNED)
  3. Skim Pinjaman Nelayan Komersial (SNEK)
  4. Skim Pinjaman Perumahan Nelayan (SPEN)
  5. Skim Pinjaman Pembangunan Institusi Nelayan (SPIN)

SKIM PINJAMAN NELAYAN PANTAI (SNEP)
Skim ini adalah pinjaman kepada nelayan pantai bagi membiayai aktiviti sector perikanan dalam meningkatkan keupayaan bot, peralatan dan kelengkapan tradisi sedia ada kea rah penggunaan teknologi yang lebih berinovasi.

Had pembiayaan : Minima adalah RM1,000.00
Maksima adalah RM25,000.00
Faedah : Tiada faedah dikenakan
Tempoh  pinjaman : 6 tahun


SKIM PINJAMAN NELAYAN ENJIN DALAM (SNED)
Skim ini adalah pinjaman kepada nelayan bagi membiayai aktiviti sector perikanan untuk bot-bot enjin dalam mengikut zon A, B dan C.

Had pembiayaan : Minima adalah RM5,000.00
Maksima adalah RM70,000.00
Faedah : Faedah 2% setahun dikenakan
Tempoh  pinjaman : 6 tahun


SKIM PINJAMAN PERUMAHAN NELAYAN (SPEN)
Skim ini adalah pinjaman secara sewabeli untuk membiayai pembelian rumah khusus kepada nelayan bagi prjek perumahan yang dibangunkan / disediakan / dibiayai oleh LKIM / KPLB/ Kerajaan Negeri / Pusat.

Had pembiayaan : Minima adalah RM5,000,000.00 bagi setiap Persatuan Nelayan 
Faedah : Faedah 2% setahun dikenakan


SKIM PINJAMAN PEMBANGUNAN INSTITUSI NELAYAN (SPIN)
Skim ini adalah pinjaman kepada Persatuan Nelayan bagi membiayai projek ekonomi yang berkait rapat dengan aktiviti perikanan, akuakultur dan pemprosesan.

Had pembiayaan : Minima adalah RM10,000.00
Maksima adalah RM3,000,000.00 bagi setiap Persatuan Nelayan
Faedah : Faedah 2% setahun dikenakan
Tempoh  pinjaman : 8 tahun


Cara Permohonan
  1. Borang-borang permohonan boleh didapati di Pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang berhampiran dengan kediaman atau Pejabat LKIM Negeri.
  2. Borang yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).
  3. PNK akan meneliti dan mengesahkan permohonan tersebut kepada Urusetia di Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Institusi Nelayan (PMN) di Ibu Pejabat LKIM.
Kaedah Bayaran Balik
Bagi peserta individu (melalui PNK) :-
Bayaran balik (ansuran) pinjaman adalah melalui potongan hasil jualan ikan kepada PNK. Jumlah bayaran ansuran bulanan adalah bergantung kepada jumlah pinjaman tetapi tidak melebihi 72 kali ansuran ( 6 tahun ).

Bagi institusi (PNK) :-
Bayaran balik (ansuran) pinjaman oleh institusi kepada LKIM berdasarkan jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman serta dibayar terus kepada LKIM.

 

Paparan : 2440
Terakhir Dikemaskini : 02 Jun 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS