English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Bendi
 
Bendi (hibiscus esculatus) ialah sejenis sayuran buah yang disukai oleh penduduk Malaysia dan kawasan yang beriklim tropikal dan berhawa sederhana. Nama-nama lain yang digunakan untuk sayuran ini ialah kacang bendi, kacang mior dan kacang lendir kerana buahnya yang berlendir. Terdapat dua varieti bendi yang paling popular iaitu bersegi lima dan tujuh. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak.

Bendi berasal dari Afrika tengah dan sesuai ditanam di kawasan yang beriklim tropika dan berhawa sederhana. Di Malaysia, tanaman ini banyak ditanam di Johor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Buah bendi yang muda mempunyai cita rasanya yang tersendiri dan boleh dimasak dan dihidangkan dengan bermacam cara, terpulang kepada selera penduduk-penduduk setempat.

Di samping kegunaannya dalam bentuk buah-buah segar, bendi boleh juga diproses untuk ditin, dibekukan, dikeringkan dan dijeruk dengan garam. Buah-buah yang dikeringkan boleh dikisar untuk dijadikan sebuk bahan perasa. Daun muda dan pucuk boleh digunakan untuk masakan manakala buah yang sudah tua boleh dijadikan bahan untuk gubahan jembak bunga. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang bendi yang tua di jadikan sumber gentian di dalam industri kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

Di samping kelazatannya, bendi mempunyai khasiat pemakanan seperti dalam jadual 1

Jadual 1 : Komposisi Zat Makanan Bagi Setiap 100 gram Yang Dimakan

Kandungan Jumlah
Air 89.8%
Protein 1.7 g
Lemak 0.1 g
Karbohidrat 5.9 g
Serabut 1.0 g
Kalsium 77.0 mg
Zat Besi 1.3 mg
Karotena Beta 200 ug
Thiamine 0.1 mg
Riboflavin 0.2 mg
Nicotinamide 0.7 mg
Asid Askorbik 19.3 mg
Fosforus 32.0 mg


Bendi merupakan sejenis sayur yang elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan bendi digunakan sebagai perangsang untuk membuang air kecil, berkesan untuk merawat gonerea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

 

Paparan : 2622
Terakhir Dikemaskini : 12 Februari 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS