English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Usahawan KADA
 

PENDAHULUAN

 

Kisah benar merupakan pengkisahan terhadap individu dan kejayaan yang diperolehi hasil daripada perlaksanaan terhadap aktiviti-aktiviti khususnya aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan pengendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). Kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh individu tersebut adalah berasaskan kepada bidang pertanian “Agro Base” yang merangkumi bidang ternakan, ternakair, tanaman padi, Industri Asas Tani dan juga sayur-sayuran. Kesemua individu yang berjaya dalam bidang masing-masing ini mendapat bimbingan dan bantuan daripada pihak KADA samada dari segi khidmat nasihat dan juga bantuan dalam bentuk kewangan terutama bagi mengembangkan perniagaan mereka.

 

Boleh dikatakan keseluruhan daripada individu yang berjaya ini memulakan aktiviti masing-masing dengan kapasiti dan keupayaan modal yang agak kecil dan terhad pada peringkat awal, namun disebabkan oleh ketabahan dan ketekunan serta usaha dan minat yang berterusan, maka aktiviti yang diusahakan dapat dikembangkan dengan pantas dan berupaya menjana hasil dan pendapatan yang lumayan.

 

Walaubagaimanapun KADA melalui pertugas di kawasan telah berusaha dengan lebih giat untuk menambahkan lagi bilangan usahawan dan petani-petani yang berjaya dalam bidang pertanian selaras dengan slogan dan dasar kerajaan memperkenalkan “PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN”.

Paparan : 1298
Terakhir Dikemaskini : 28 Disember 2009
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS