Sebagai sokongan kepada pembangunan dalam sektor pertanian khususnya agro-makanan, beberapa insentif bukan fiskal telah dirangka oleh Kementerian untuk dilaksanakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-9. Insentif ini memberi dorongan dalam menukar hala tuju petani tradisional kepada petani komersil dan seterusnya meningkatkan dan membangunkan pengeluaran produk pertanian dalam sektor agro-makanan. Insentif bukan fiskal merangkumi perkhidmatan: - Khidmat nasihat/rundingan teknikal,
- Bantuan peralatan,
- Khidmat pemindahan teknologi,
- Khidmat pemasaran,
- Pembiayaan serta
- Latihan/kursus yang berkaitan dalam aspek-aspek persijilan, penjenamaan, pembangunan produk, pengeluaran, perniagaan, keusahawanan, inkubator dan pemasaran makanan
Skim Pemadanan untuk Peningkatan Pengeluaran dan Premis Usahawan Industri Asas Tani
Insentif Penanaman Padi |