Pelbagai inisiatif telah dibuat oleh kerajaan Malaysia untuk mempromosikan pembangunan industri herba tempatan memandangkan potensinya yang amat cerah.Penjualan tahunan industri herba Malaysia ialah RM2 bilion sementara pasaran globa untuk ubat-ubatan herba adalah bernilai US$12 bilion.Dalam Dasar Pertanian Ketiga Negara ,tumbuhan ubat-ubatan telah dipilih sebagai salah satu komoditi dengan memberi penekanan menjadikan Malaysia pusat pembangunan bahan –bahan mentah untuk kegunaan industri. Pembangunan industri herba di Malaysia pada ketika ini aktif mempromosikan tiga sektor utama ekonomi iaitu pertanian,pelancongan dan pembuatan.Pertumbuhan dalam industri herba sangat berpotensi untuk menambahkan pembangunan sektor pertanian dan perkilangan.Di Sabah,sebanyak 1,250 spesis dianggarkan telah dikenalpasti nama saitifiknya dan mempunyai nilai perubatan.Tumbuhan ubatan ini digunakan untuk industri fitoperubatan,kosmetik,perasa,pewangi,farmaseutikal dan nutraseutikal.Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa 80 peratus daripada penduduk dunia bergantung kepada ubatan herba.Trend herba sedunia menujukkan bahawa rawatan herba memasuki kategori rawatan tambahan pada tahun 1970 hingga 2000. 10 herba yang berpotensi untuk dibangunkan adalah seperti berikut : - Tongkat Ali
- Pegaga
- Mengkudu
- Dukung Anak
- Kacip Fatimah
- Halia
- Misai Kucing
- Hempedu Bumi
- Mas Cotek
- Limau Purut
|