English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Halia
Halia
 

Halia dikategorikan sebagai sayuran umbisi .Ia juga merupakan tanaman herba atau rempah. Tanaman halia dikatakan berasal dari Asia Tenggara telah lama di kenali di Asia dan kini di seluruh dunia. Halia digunakan sebagai bahan perasa dalam pelbagai masakan. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak oleoresin. Minyak halia boleh di jadikan bahan perasa minuman buah-buahan,confectionary kosmetik dan ubat-ubatan.

Di Malaysia, negeri-negeri pengeluar utama halia ialah Sabah, Sarawak, Pahang, Selangor dan Johor. Di Negeri Pahang, kawasan utama pengeluaran halia ialah di Bentong. Di Negeri Sabah, kawasannya ialah di Keningau dan Tambunan.

Mengikut FAMA permintaan halia segar di pasaran domestik pada tahun 2002 di jangka 18,603 MT sedangkan jangkaan pengeluaran halia tempatan adalah 9233 MT. Jangkaan kekurangan bekalan sebanyak 9370 MT di tampung dan diimport dari negera China, Indonesia, Thailand, Myanmar, Hong Kong dan Vietnam. Syer halia tua dan muda tempatan dalam pasaran domestik ialah 49.63%.

Pada tahun 2000 eksport di pasaran dunia bagi halia ialah 226,743 MT bernilai USD 130 juta. Walaupun kuantiti eksport dunia telah berkembang sebanyak 8% dari tahun 1966-2000, namun pada tempoh tersebut, eksport Malaysia merosot sebanyak 22% . Pengeluaran di Semenanjung Malaysia berkurangan dari 54.3 hektar pada tahun 1996 ke 244 hektar pada tahun 2000.

Paparan : 1378
Terakhir Dikemaskini : 29 Disember 2009
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS