English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Soalan Lazim
  • Apakah borang yang perlu diisi untuk memohon Pengecualian Cukai  Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk projek pengeluaran bahan makanan?
    • Permohonan oleh syarikat tanpa syarikat pelabur bagi mendapatkan Pengecualian Cukai Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967, Bagi Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan hendaklah mengisi Borang MOA1-2
  • Adakah syarikat pelabur juga boleh mendapat Pengecualian Cukai?
    • Syarikat pelabur akan mendapat potongan untuk pelaburan dalam syarikat berkaitan yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan. Untuk memohon, syarikat pelabur hendaklah mengisi Borang MOA1-1 dan syarikat berkaitan yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan yang diluluskan hendaklah mengisi Borang MOA1-2. Syarikat pelabur yang memohon juga hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 70% daripada ekuiti syarikat berkaitan.
       
  • Apakah jenis projek pengeluaran bahan makanan yang layak?
    • Senarai projek yang layak antaranya Sayur-sayuran, Buah-buahan, Herba, Kenaf, Rempah Ratus, Akuakultur, Perikanan Laut Dalam, Penternakan Lembu; Kambing & Biri-biri dan Projek Integrasi yang melibatkan aktiviti pengeluaran bahan makanan yang diluluskan (seperti aktiviti yang disenaraikan) serta aktiviti pemprosesannya adalah juga dipertimbangkan.
       
  • Adakah pemilikan tunggal layak untuk memohon insentif ini?
    • Ya, pemilikan tunggal juga layak untuk memohon insentif ini.

      Definisi SYARIKAT termasuk :

      1. Pertubuhan Koperasi yang berasaskan pertanian;
      2. Pertubuhan Peladang Kawasan / Persekutuan / Negeri;
      3. Persatuan Nelayan Kawasan / Persekutuan / Negeri;
      4. Pemilikan Tunggal;
      5. Perkongsian;
      6. Syarikat yang diperbadankan bi bawah Akta Syarikat 1965; dan
      7. Pertubuhan / Persatuan yang terlibat dalam bidang pertanian
  • Apakah dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama dengan borang permohonan?
    • Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama dengan borang permohonan adalah seperti berikut :
      1. Borang 24, Borang 49 dan Memorandum and Articles of Association (M&A) yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Sekretari Syarikat (Company Secretary);
      2. Gambar lokasi dan pelan tapak projek serta dokumen-dokumen yang menyokong status kesahihan pemilikan / penyewaan tanah;
      3. Carta Organisasi syarikat terkini; dan
      4. Anggaran Kos Projek untuk 10 Tahun (Projek Baru) atau 5 tahun (Pelaburan Semula)

Halaman: 1  2  3  4  5  6  7  8  

Paparan : 4541
Terakhir Dikemaskini : 26 Mac 2011
Jurnal kandungan

 

Pegawai Untuk Dihubungi: Pn Suhani Nasir, Pn Norul Zuhani Zohari, En Amir Shato
Agensi: Agri-food Business Development Centre, Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani Malaysia (MOA)

No Tel : 03-8870 1790/1791
No Faks: 03-8888 6532
Emel: bdc@moa.gov.my

   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS