|
|
| Teknologi Sedia Ada | | | Teknologi Semasa - Teknologi Pembiakan Berulang
Betik Eksotika telah diisytiharkan oleh MARDI pada 1987. Ia dihasilkan melalui program pembiakan berulang menggunakan varieti Subang tempatan dan varieti Sunrise Solo yang dibawa masuk dari Hawaii. Betik Eksotika II diisytiharkan pada 1991 dan dihasilkan daripada hibrid F1. Hibrid ini ialah kacukan antara Eksotika dengan titisan 19. Hibrid ini hasil diperbaik daripada Eksotika disebabkan kulitnya yang licin dan kurang bintik buah. Buahnya 20% lebih besar daripada Eksotika dan mempunyai mutu penyimpanan yang lebih lama. Buah Eksotika beratnya antara 500 g sehingga 1 kg. Buah hermafrodit memanjang tetapi buah betina membulat. Rasanya manis (Brix 13-16%) dan isinya berwarna oren kemerah-merahan dengan bau yang harum. Hasilnya antara 50-70 ton sehektar selama 2 tahun pusingan tanaman. Eksotika disyorkan sebagai hidangan segar bagi pasaran tempatan dan juga untuk dieksport ke negara Hong Kong, Singapura, Timur Tengah dan Eropah. Biji benih boleh dibeli dari MARDI dengan harga RM2/g (Eksotika) dan RM3/g (Eksotika II) - Durian Hibrid MDUR 78, MDUR 79 dan MDUR 88
Hibrid MDUR 78, MDUR 79 dan MDUR 88 diisytiharkan oleh MARDI pada 1991 sebagai hibrid klon durian pertama dihasilkan melalui pemilihan dan kacukan secara sistematik. Semua hibrid durian mempunyai mutu buah yang baik dan menunjukkan ketahanan terhadap penyakit kanker. - MDUR 78 - Berat buah antara 1.5-1.8 kg. Ulas adalah besar (1-3 sepasang) dengan isi berwarna oren kekuningan. Mula berbuah pada umur 6-7 tahun. Purata hasil lebih kurang 99 buah sepokok semusim. Buahnya mempunyai mutu simpanan yang baik.
- MDUR 79 - Berat buah antara 1.0-1.6 kg. Ulas adalah besar dengan isi berwarna oren kekuningan. Purata hasil lebih kurang 61 buah sepokok semusim. Buahnya mempunyai mutu simpanan yang sederhana. MDUR 88 - Berat buah antara 1.5-2.0 kg. Dengan kulit berwarna hijau. Ulas besar dan tebal berwarna kuning keemasan. Buahnya boleh disimpan lebih kurang 3 hari. Anak pokok cantuman boleh didapati pada harga RM 44 sepokok (USD 1.0)
Teknologi Baru Muncul - Hibrid Nenas Josapine
'Josopine' ialah hibrid nenas baru yang diisytiharkan oleh MARDI pada 1996. Ia diberi nama sedemikian kerana terpilih daripada kacukan antara nenas Johor dan nenas Sarawak. Hibrid baru ini lebih manis dan beraroma daripada nenas biasa. Berat buah ialah antara 1.2-1.5 kg. Buahnya menarik dan boleh disimpan lebih lama daripada nenas biasa. Buahnya bertahan terhadap kejadian teras hitam yang terdedah pada tempoh penyimpanan suhu dingin yang berlanjutan. 'Josopine' sangat disyorkan sebagai makanan segar bagi pasaran tempatan dan juga bagi eksport. Sulfur hibrid baru ini boleh dibeli dengan harga 80 sen sesulur(USD 0.20)(tidak termasuk perlakuan kuarantin dan kos pengangkutan). | | |
Paparan : 1385
Terakhir Dikemaskini : 03 Jun 2010
|
|
|
|