English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 

Timun

 

Timun (Cucumis sativus) adalah daripada keluarga labu (Cucurbitaceae) seperti melons, squash dan pumpkins. Ia merupakan tanaman yang menjalar dan biasanya ia dimakan mentah, dibuat ulam ataupun acar. Terdapat banyak kultivar di bawah kategori ini. Namun demikian, dari segi ekonomi 2 kultivar yang disyorkan ialah dari varieti Simpang Pulai dan Tangkak (MTi 2).Jumlah pengeluaran timun bagi tahun 2002 adalah sebanyak 43,389.05 MT. Secara keseluruhannya, 32.73 % daripada hasil pengeluaran timun negara pada tahun 2002 adalah dari negeri Johor.

Di peringkat ladang, kadar keuntungan yang diperolehi oleh pemungut adalah di antara 3% hingga 5%. Selain itu, kos pemasaran seperti upah, pembungkusan dan pengangkutan akan diambil kira apabila mengira harga yang boleh diberikan kepada pengusaha.

Saiz pasaran tempatan untuk timun di Malaysia adalah dianggarkan sebanyak 37,744 MT bagi tahun 2003. Dari jumlah ini Malaysia menguasai 0.098 % sahaja daripada saiz pasaran dunia iaitu berjumlah 38,321,636 MT bagi tahun 2003. Mengikut anggaran saiz pasaran antarabangsa bagi tahun 2003, Jepun merupakan negara yang paling banyak memerlukan bekalan timun iaitu dengan kuantiti sebanyak 685,041 MT.

Dari segi eksport, negara yang paling banyak mengimport timun Malaysia ialah Singapura dengan kuantiti sebanyak 22,259 MT bernilai US$ 2804, ini diikuti oleh Brunei 20 MT dengan nilai US$ 13 dan Indonesia 53 MT bernilai US$ 13 pada tahun 2003.

 

Paparan : 977
Terakhir Dikemaskini : 28 April 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS