English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 

Cili
 

Cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan, tetapi sekarang ditanam di semua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai kebanyakannya ditanam di kawasan tanah rendah.

Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar utama cili ialah Perak, Johor dan Kelantan. Keluasan tanaman di semua negeri adalah seperti yang tercatat di Jadual 1.

Cili mengandungi zat pemakanan seperti di dalam Jadual 2. Di antara zat makanan yang banyak terdapat pada cili ialah karbohidrat (9.5g).

Kandungan Jumlah

Protein (g)
Karbihidrat (g)
Lemak (g)
Serabut (g)
Kalsium (mg)
Besi (mg)
Fosforus (mg)
Kalium (mg)
Natrium (mg)
Karotena Beta (ug)
Vit. B1 (mg)
Vit. B2 (mg)
Vit. C (mg)
Niacin (mg)

2.8
9.5
0.7
0
15.0
1.8
80.0
0
0
2730.0
0.2
0.1
175.5
0.7


Jadual 2: Zat Pemakanan Cili (Bagi setiap 100g Yang Boleh Dimakan)
Sumber: MARDI – Panduan Pengeluaran Sayur-sayuran (1990)

Hasil cili boleh dipasarkan sebagai cili segar (hijau atau merah) atau telah diproses dalam bentuk cili kering, cili boh, cili jeruk, serbuk cili dan sos cili. Oleh kerana cili mengandungi bahan perasa pedas iaitu ’capsaicin’, syur ini sangat popular digunakan sebagai bahan perasa pedas dalam kebanyakan jenis makanan terutama ’sambal belacan’.

Umumnya, penduduk Malaysia menggunakan 33,300 tan cili setahun. Sedangkan jumlah pengeluaran cili hanya lebih kurang 23,000 tan/tahun. Sebagai memenuhi keperluan, cili terpaksa diimport sama ada dalam bentuk segar, kering dan juga serbuk.

 

Paparan : 1830
Terakhir Dikemaskini : 12 Februari 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS