English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 

Ikan Keli

 
Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara Asean khususnya di Malaysia. Ikan keli termasuk dalam keluarga Clariidae dan telah mula diperkenal di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan air tawar dalam negara. Ikan ini berupaya hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dengan tempoh ternakan selama 3-4 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil di mana sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Tebaran ikan ini juga boleh lebih padat dari kebanyakan ikan lain. Dengan kemajuan teknologi terkini, pengeluaran ikan bertujuan untuk makanan atau hiasan dari satu ruang air yang terkurung tidaklah terhad. Memandangkan permintaan ikan kian meningkat, pelbagai pendekatan boleh diamalkan khususnya di kawasan luar bandar atau pinggiran bandar untuk mengeluarkan ikan berkualiti bagi menampung keperluan harian dan menambah sumber pendapatan.

Menternak ikan dalam takungan air seperti tangki kavas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem tersebut. Kaedah ini sesuai bagi kawasan tanah yang kecil. Namun sekiranya mempunyai keluasan tanah yang bersaiz besar, ternakan ikan boleh dibuat di dalam kolam tanah. Kolam tanah sesuai digunakan bagi menternak pelbagai jenis ikan air tawar. Penternakan dalam kolam tanah yang kaya dengan makanan semulajadi boleh menjimatkan kos operasi. Rekabentuk ladang pula hendaklah mempunyai kolam takungan, kolam rawatan kumbahan dan sistem air masuk dan keluar yang berasingan.
Paparan : 3342
Terakhir Dikemaskini : 28 April 2010
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS