English |  Bahasa Melayu | Lain Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 
Kubis
 Kubis

Kobis dikategorikan sebagai sayuran berdaun dari keluarga Cruciferae. Tanaman kobis dikatakan berasal dari selatan Eropah dan dikawasan Mediterranean. Kini kobis banyak ditanam di selatan Eropah, selatan India, tengah, barat dan timur Afrika, selatan Amerika dan di kawasan Tropika.

Kobis adalah jenis tanaman separuh tropikal yang ditanam di kawasan tanah tinggi dan tanah rendah. Walaubagaimanapun ianya dikatakan lebih sesuai ditanam di kawasan tanah yang mempunyai ketinggian melebihi 800 meter dari paras laut dan boleh hidup subur di kawasan bersuhu 240 c.

Kawasan utama pengeluaran kobis bulat adalah di Cameron Highlands. Kobis bulat tanah rendah pula banyak ditanam di Kelantan dan tertumpu di daerah Pasir Mas dan Machang. Kobis panjang juga boleh ditanam dikawasan tanah rendah.

Permintaan domestik bagi kobis bulat terdiri daripada penggunaan isi rumah, institusi dan industri. Unjuran berdasarkan kajian FAMA pada tahun 1997, dijangkakan saiz pasaran domestik adalah sebanyak 236,293 Mt pada tahun 2002 dan dijangka meningkat kepada 299,410 Mt pada tahun 2006.

 

Paparan : 1179
Terakhir Dikemaskini : 29 Disember 2009
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2012 © Agri-food Business Development Centre.
Aras Bawah, Wisma Tani, Blok Menara, Lot 4G1, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia
No tel : 03-8870 1790/1791, No faks : 03-8888 6532, Emel : bdc@moa.gov.my
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0, Google Chrome, Mozilla Firefox 2.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 dan aplikasi Acrobat Reader & Flash Player
Masa pembebanan: saat
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS