English |  Bahasa Malaysia Hubungi Kami | Maklum Balas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
LAMAN UTAMA
 

I. Latar Belakang

Pusat Pembangunan Perniagaan Pertanian dan Makanan (Agri-BDC) ialah pusat sumber dan maklumat setempat yang diwujudkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia bagi menyokong dan membangunkan perniagaan dalam bidang pertanian dan makanan negara.

Program ini adalah kesinambungan kepada program Pusat Maklumat Pertanian Setempat yang dilaksanakan di bawah RMKe-7 dan seterusnya ditukarkan kepada program Agri-BDC yang dilaksanakan di bawah RMKe-8. Program ini telah memberi manfaat yang besar kepada para pelabur dan bakal pelabur di dalam sektor pertanian menerusi pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Program ini mempunyai potensi untuk dikembangkan lagi supaya manfaatnya dapat disampaikan secara meluas kepada golongan sasaran di seluruh negara. Pusat Pembangunan Perniagaan Agri-Makanan (Agri-food BDC) adalah pusat sumber dan maklumat tunggal yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Berasaskan Pertanian bagi membantu dan membangunkan komuniti perniagaan pertanian dan makanan Malaysia. Ia direka khas untuk memenuhi keperluan golongan yang terlibat dalam bidang perniagaan pertanian dan makanan kepada pelabur dalam sektor ini.

Pusat ini diwujudkan bagi memudahkan orang awam (penyelidik, jabatan/agensi dan individu) dan pihak swasta (usahawan dan syarikat) untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan serta membantu orang awam dan pihak swasta memahami dengan lebih dekat peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani termasuk Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi di bawahnya. Antara maklumat yang disediakan termasuklah:

  • Khidmat nasihat
  • Khidmat kepakaran
  • Galakan yang disediakan oleh Kerajaan
  • Pinjaman
  • Latihan
  • Peraturan dan perundangan yang perlu dipatuhi
  • Akreditasi dan piawaian
  • Business match making
  • Perkhidmatan perundingan

Rujukan BDC antaranya ialah maklumat-maklumat yang diperoleh daripada perpustakaan, bahan-bahan terbitan, video-video dan kepakaran-kepakaran daripada Kementerian, Jabatan dan Agensi.

Perkhidmatan BDC ini boleh dicapai melalui telefon, surat, email dan juga faks selain daripada mengunjungi ke Pusat BDC ini secara langsung.

Pusat ini diharapkan dapat membantu dalam penyebaran maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dan Jabatan dan Agensi di bawahnya terus kepada golongan sasar di suatu tempat terutamanya kepada organisasi yang terlibat terus dalam industri pengeluaran bahan-bahan berasaskan pertanian dan makanan.
 

II. Objektif

Objektif program ini adalah untuk:

  • menyediakan maklumat terkini mengenai peluang pelaburan di semua peringkat di rantaian bekalan (supply chain) bagi semua subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan makanan diproses.
  • Menarik minat dan meyakinkan pelaburan sedia ada dan pelabur supaya melabur dalam sektor pertanian terutamanya subsektor makanan.
  • Menjadi pusat rujukan bagi proses perancangan dan pelaksanaan pelaburan sektor pertanian.
 

III. Peranan dan Fungsi

Agri-BDC menyediakan maklumat terkini mengenai peluang pelaburan di semua peringkat di rantaian bekalan (supply chain) bagi semua subsektor tanaman, ternakan, perikanan dan makanan diproses. Agri-BDC juga menjadi pusat rujukan bagi proses perancangan dan pelaksanaan pelaburan sektor pertanian.

Agri-BDC juga berfungsi untuk menarik minat dan meyakinkan pelaburan sedia ada dan pelabur supaya melabur dalam sektor pertanian terutamanya subsektor makanan.

Selain daripada itu, Agri-BDC turut menjadi komponen penting dalam mempromosikan sektor pertanian dan industri asas tani dengan menyertai pameran-pameran dan ekspo-ekspo di dalam dan luar negara.

 
   
 
INFO BDC
POTENSI PERNIAGAAN
PANDUAN PERNIAGAAN PERTANIAN
INSENTIF & PEMBIAYAAN
DIREKTORI
SUMBER
PRAYER TIME

Hakcipta Terpelihara 2010 © Agri-food Business Development Centre.
Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768
Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
RSS