Kerajaan menerusi Bajet 2003 telah mengumumkan pemberian galakan Elaun Pelaburan Semula (EPS) kepada penternak/syarikat yang membuat pelaburan semula bagi menukar sistem reban ayam/itik terbuka kepada sistem reban tertutup di kawasan sedia ada.
Kebelakangan ini sering terdapat rungutan dan laporan daripada orang ramai berkaitan kes penipuan di dalam skim pelaburan pertanian yang di anjurkan oleh syarikat-syarikat swasta dan individu tertentu. Kes-kes penipuan ini melibatkan penyertaan orang ramai dalam projek-projek pertanian seperti penanaman serai, penternakan cacing, lintah, ikan keli dan burung walit.
Untuk memudahkan pelanggan mendapat maklumat atau membuat rujukan di BDC, pihak kami telah menyediakan jadual waktu bagi menetapkan waktu-waktu yang sesuai pelanggan bertemu dengan wakil BDC...